~Call Me Elynn~

~Call Me Elynn~

26 June 2011

kalau ikut kata hati

Kalau ikutkan hati, ikutkan nafsu, mungkin bukan di sini.
Bukan sampai tahap ini.
Kawal diri.
Kalau ikutkan hati, ayat pasti penuh maki.
Tapi, masih lagi kenal segi.
Tabahlah hati.
Kalau ikutkan amarah yang seronok berjimba, senggama minda sampai mati.
Biar kering segala neuron saraf - macam tunggul patah gigi.
Hina, kering, senyap, sepi.
Tapi itulah.
Kalau ikut hati.

23 June 2011

keluh kesah

Lately aku mudah sgt menangis,byk perkara yg aku fikirkan,emosi jadi x stabil, mmg x mampu rasanye lagi utk bertahan pada luaran...nak jek aku rembeskan supaya mengalir laju agar terzahir segala kekusutan dan kedukaan yg aku alami sekarang..huhu..sedih x??????
kadang2 kite rasa dah buat yg terbaik untuk diri kita dan org sekeliling..kadang2 mmg rasa nak sembunyi2 kan jek perasaan nih biar kita dapat jaga semua hati org yg kita syg,padahal dlm hati ribut tsunami!!!hati aku nih rapuh mcm kuih TAT uolsssssss...x kuat mana...kesabaran tu seakan diuji lagi..bertahun-tahun rasanya memujuk perasaan sendiri,ntah smpi bila boley bertahan.....

tp tak mengapalh,kadang2 doa itu mampu mengubah takdir seseorg..sape tahu??kuasa bukan di tangan kita kan.




*Sometimes the best way to be happy is to learn to let go of things you tried hard to hold on to. i can never win. but it doesn’t mean that i’ve lost.

20 May 2011

kerana aku tidak cantik..


Aku bukanlah sebuah  magnet yang boley menarik orang2 disekitarku untuk selalu dekat denganku.
Aku hanyalah sebuah kutub selatan yang jarang diperhatikan orang dalam sebuah perjalanan.Jadi kenapa perlu mencemburui aku????iye jauh lebih baik kau dari aku,tapi knp kau masih mencemburui aku,aku bukan jugak superwomen..Aku hanyalah seorang manusia biasa yang ingin menjadi lebih baik setiap harinya..


Kerana aku tidak cantik..

  aku tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana aku tidak cantik..

  aku dapat pelihara diri aku daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana aku tidak cantik..

aku selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana aku tidak cantik..

aku tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana aku tidak cantik..

  aku tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana aku tak cantik, akhirnya aku menemui insan yang mencintai aku seadanya.

Paling penting, kerana aku tak cantik..

  aku sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa...kan


 




01 May 2011

Mary Kay Creme Lipstic

SHELL (RM48)
SUNSET (RM48)
TOFFEE (RM48)
RED (RM48)
PINK PASSION (RM48)
ICY PEACH (RM48)

DUSTY ROSE (RM48)

SUNBURST (RM48)




Hello Gorgeous!!inbox me if berminat mizselynn@gmail.com...grab it!!! Hurry!!!


05 February 2011

~Tanda-tanda korang bayi tahun 80-an~

ShockedKita membesar dgn menonton G-Force, He-man,Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody  Woodpecker, flashman,gaban, satria baja hitam, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja      Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

ShockedBerus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?... hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn
classmates semua kat seblah...

Shockedingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik
sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

Shockedni sure korang ingat... program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

Shockedkat sekolah ada salesman jual buku cerita, hari ni bagi list, esok mintak duit. hahahaha. Salesman susu pun mcm tu jugak...
 

Shockedcikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan... kan?

Shockedsemangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

Shockedtime skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau
Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu... ada
yang suka stoking tebal laaa...

Shockedinternet? email? mendalah ape tu?

ShockedCD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

Shockedkite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum..tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class. tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...

Shockedlagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

Shockedlagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...
 
Shocked pakaia pensel box yang boleh bukak depan belakang, pastu ada sharpener kat tengah-tengah

 Shocked Main lawan pemadam, sayang nak guna untyk padam walhal tulah fungsi sebenar..padam!!!



 Shocked Pakai pembaris yang bergerigi, kat dalam ada air pastu ada benda berkilat dalam tuh..ahaks!!


Shockedpermainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup
botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & entry', kejar2 duduk... baling selipar, tuju tin..teng teng.. batu seremban.. n tah hape2 lagi...lol!
 
Shocked Main game 2D, super contra, super mario, street fighter,sume pakai tape..hehe


Shockedpermainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup
botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & entry', kejar2 duduk... baling selipar, tuju tin..teng teng.. batu seremban.. n tah hape2 lagi...lol!
 
Shocked Kasut lampu kat tapak, yang iklan dia kat tv boley tembak alien tu haaaa...



Shockedkita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! eskem calong... hik hik lol!

Shockedlipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.




hmm... jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami
mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

yang kat atas ni ais batu kepal..ingat lagi x..ade 20 sen 30 sen..ahaks 


Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?Sad Smile Very Happy :P Laughing Shocked

Cheers to the 80s babies!!!lol! lol! lol!

03 February 2011

Bosan

Ehhh ape nih bosan giler dowwwhhhhh. Benci nye tahap bosan yang menjengah kat diri aku da tahap Dewa 19..hakpuihhhhhhhhhh!!!psssttttt psssttt pssttttt tadi aku mekap2 bagai nak rak sekali lupa sekali lagi sang kekasih jauh dimata..ohh dem!!!!!bru bercadang nak jenjalan..putus harapan!!abis nak jln dengan sape LEMBU??BERUK???arghhhhhh~

Ishhhhh bila sibuk kata boring bila duduk saje bosan pulak...

Korang, aku sebenarnya dah bosan giler dengan life aku. Ape yang aku buat skrg nih bukannya aku suka tapi mungkin dah rezeki aku macam tuh..so besyukur jek la senang cite kan..ahaks~
kang aku dok melahu kat umah kena dituduh perabaih beras pulak..hahahha...nasib nasib nasib!!



Aku lari ke hutan, kemudian menyanyiku
Aku lari ke pantai, kemudian teriakku
Sepi… Sepi dan sendiri aku benci.
Aku ingin bingar. Aku mau di pasar.
Bosan aku dengan penat,
dan enyah saja kau, pekat!
Seperti berjelaga jika aku sendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ahh.. ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya?
Biar terderah,
atau… aku harus lari ke hutan belok ke pantai?


mode: bosan sekali lagi..perlukah aku membelok ke pantai spt puisi di atas??ahaks~