~Call Me Elynn~

~Call Me Elynn~

13 January 2012

CARUT, MENCARUT,DICARUT..OHHH NOOO~

Kisah bermula..jeng3x...(macam haram bunyik sound efekkkkkk)hahahahha~ 


Rupa-rupanya secara sedar tak sedar aku seorang yang suka mencarut (rupa-rupanya lah). Aku selalu memvengongakan apa saja di sekitarku.."Bodoh Sial" merupakan entri kata yang menduduki tempat yang paling atas dalam kekerapan perkataan yang terkeluar dari mulut aku setiap hari(agaknya la kan)...hehehhe..Mintak maap kepada sesape yg tersinggung bila aku berbual dengan korang, aku memang melafazkan kata-kata yang pastinya akan membuatkan abah korang termasuk abah aku sendiri melempang mulut kita-kita bila kita dok sebut-sebut ayat sebegitu...hahahahhahahahaha~

Mencarut datang bersama-sama dengan emosi kita ye adik-adik sekalian. Ia separallel dengan perasaan yg sedang kita alami. Seiringan, seirama dan masing-masing sudah berjanji tak mahu berpisah gitewwww. Jika terpisah pastu digantikan pulak dengan kata-kata yang mesra tutur cakap, sahlah si penutur itu terkongkong dengan nilai-nilai murni negara Malaysia. Dapat dibayangkan di sini ye anak-ank murid sekalian, si penutur itu mestilah seseorang yang cukup bersopan santan dan  selalu gosok baju dulu sebelum pergi kerja.ye mungkin begitu~ahaks~

Tapi sempena azam tahun baru ni (giler dah 18hb januari kot baru nak pasang azam) aku janji aku akan kurangkan / tak cakap langsung perkataan "bodoh", "sial", "vangang" dan sewaktu dengan nye lagi..janji!!(sambil angkat tangan macam penyangak kena acu pistol dengan bapak polisi).





p/s : update blog sambil dengar lagu Toxic Holocaust yang adik aku dok bukak ni rasa macam rock siallll (tengok aku mencarut lagi..kahkhakhakah)..ampunnnnn....tapi percayalahhhhhhhhh bahawasanya  aku manja juga orangnye(muahahahhahahhahahahahahaahha~)

12 January 2012

yang nama nya "Baru"

Hidup  bertambah dewasa bersama bertambahnya angka pada umur kita. Betullah kata orang, semakin kita menginjak tua semakin matang cara kita berfikir.  Tindakan kita lebih banyak menggunakan akal fikiran daripada menggunakan hati dan perasaan.



Aku bukan seorang yang perfect. Di sana sini memang banyak cacat cela tetapi semakin jauh hidup ini aku cuba sedaya upaya mungkin menjadi lebih baik. Kalau dulu aku cepat marah, aku kawal supaya ia tidak menguasai aku.  Kalau dulu aku suka berdendam pada mereka yang menyakitkan aku, aku cuba supaya mencampak jauh perasaan itu. Itu sekadar dua contoh.


Setiap kejadian yang berlaku ada sebabnya. Aku berpegang kepada qada' dan qadar dan pegangan ini membuat aku lebih mudah menerima. Aku pegang bahawa setiap yang berlaku itu adalah ujianNya untuk aku dan tahun-tahun kebelakangan ini aku memang kerap diuji.



Semua yang terjadi ada sebabnya.  Allah maha mengetahui. Allah mahu aku menjadi lebih baik. Allah mahu orang yang menyakiti aku menjadi lebih baik. Aku redha dengan apa yang telah dilakukan kepada aku. Aku tidak mahu menyimpan dendam.  Semuga Allah mengampunkan dosa-dosa aku.

Ada kalanya kita sendiri perlu kepada peluang kedua.



Kamu bunga yang sedang berkembang cantik
Jadikan lah hati ku secantik bunga yg sedang berkembang itu..ehem ehem..peace~

*post sopan sejenak* hehehe~