~Call Me Elynn~

~Call Me Elynn~

10 December 2011

Kerana Engkau Bulan

Malam tadi aku mimpi naik ke bulan..huh jarang rasa nya hidup aku ni nk mimpi benda yang baik-baik.Biasa mimpi benda-benda yg x masuk dek akal jek.Dan kebiasaannya jugak aku mimpi sebab terlalu nyenyak sgt dok tidor bukan sebab tak basuh kaki ke ape. Tidur tengahari buta pn aku bley mimpi,waima dok terlelap 5minit pn aku bley mimpi macam-macam..ahaks.Tapi mimpi malam tadi ni wat aku tergerak nk mencari tafsirnye.Hati kecil ini mula bertanya.Kenapa nak pergi ke bulan?Dan kenapa mst bulan?hehe~

Sejarah orang naik g bulan bukan senang,siap ade yang mati kat sana. Tapi aku senang, mimpi ke sana berkepakkan tangan jek.Takde kepak bidadari, takde roket di kaki dan doremon tak datang membantuku..hahahahahahaha..

Kenapa Tuhan tak serlahkan cahaya bulan waktu siang?Sebab nye ye adik-adik (ahaks mcm cikgi plak) cahaya matahari tu lebih kuat dr cahaya bulan sbb tuh la bulan tenggelam. Bulan pn diam kan diri tunggu waktu. Dan bila malam baru orang dok sibuk-sibuk nak cari bulan..kan??? 

Sama la mcm kes orang mabuk cinta,bulan akan wujud sebagai simbolik nak luahkan perasaan.Alasannya cuma satu "sebab cahaya bulan sangat cantik". Tenang dan membawa 1001 erti. Yelah kan,time tu sume benda sendirinya akan jadi cantik kat mata sang pemuja.Aku tak nafikan.So korang jgn cuba kata aku jiwang karat tak bertepi..ahaks~

Bulan takkan bley hidup sendirian. Tanpa matahari, mungkin sampai sekarang kite sume tak kenal bulan. Sungguh aku cakap. Dan macam tu gak la kite ni manusia.Saling memerlukan seadanya.

Cahaya bulan taklah seterang mana. Tapi bagi orang yang tau menghargai, cahaya tersebut cukup terang. Sesat dlm hutan pun kalo kite berpandukan cahaya bulan besar kemungkinan kite dpt jumpa jln keluar. Jugak dapat kurangkan sifat pengecut bagi org yang takut kn gelap mcm aku. Spotlight pn tak mampu nak suluh sume lah sekaligus macam bulan buat.Mana boleh kan???????

Daripada bulan orang buat kiasan, buat peribahasa segala. MukA bulan katanya utk orang banyak jerawat. Bagai bulan dipagar bintang memang lah nyata aku bukan tergolong sebab ianya untuk orang yang cantik-cantik jek. Siapa la aku,cuma perempuan biasa-biasa aje..

Adakah malam ini sekali lg sang bulan akan menjemputku dalam lena???ohhh nebes rasa..hehe~  

No comments:

Post a Comment