~Call Me Elynn~

~Call Me Elynn~

20 May 2011

kerana aku tidak cantik..


Aku bukanlah sebuah  magnet yang boley menarik orang2 disekitarku untuk selalu dekat denganku.
Aku hanyalah sebuah kutub selatan yang jarang diperhatikan orang dalam sebuah perjalanan.Jadi kenapa perlu mencemburui aku????iye jauh lebih baik kau dari aku,tapi knp kau masih mencemburui aku,aku bukan jugak superwomen..Aku hanyalah seorang manusia biasa yang ingin menjadi lebih baik setiap harinya..


Kerana aku tidak cantik..

  aku tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana aku tidak cantik..

  aku dapat pelihara diri aku daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana aku tidak cantik..

aku selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana aku tidak cantik..

aku tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana aku tidak cantik..

  aku tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana aku tak cantik, akhirnya aku menemui insan yang mencintai aku seadanya.

Paling penting, kerana aku tak cantik..

  aku sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa...kan


 




No comments:

Post a Comment