~Call Me Elynn~

~Call Me Elynn~

15 December 2010

~K.A.W.A.N.(sebuah kisah kehidupan, sifat kematangan dan cara bfikir)~

Semua orang ada kawan. Tak kiralah anda ini berkulit hitam atau putih ataupun kulit berkudis,lonjong ke,pat segi ke atau trapizium ke(kakakkakaka), korang pasti ada kawan.kan..kan..kan.. Dalam berkawan ni, kita tak boleh terlalu memilih kawan.Memang kita perlu memilih kawan yg baik, tapi tak bermakna kita xboleh berkawan dgn org yg kurang baik.Kalau kita ni jenis suka pegi masjid, jgn kwn ngan kaki-kaki masjid je,kwn la jgk dgn yg kaki pukul ke, kaki bola ke. Mane tahu blh ajak sama-sama pegi masjid nanti.Begitu jgk kalau kita ni jenis high class punya orang, jgn memandang rendah dgn low class pnya org.Begitulah sebaliknya..Teringat kata-kata seorang sahabat,dia kata kwn je dgn semua org walaupun org tu buruk macam 'ewok' (sejenis makhluk asing)sekalipun.Makna kata, berkawanlah dengan semua orang wpon perangai dia kurang elok tapi jangan lah sampai kita pulak yg terpengaruh.(ekekekekeke..nasihat bguna)

So skrg nih aku nak tanya sape yg bley hidup tnpa KAWAN??sape..sape sape???cuba angkat kaki sambil menggoyangkan bulu hidung sape yg ckp bley idop tnpa KAWAN...ahahhahahaa...!! kalo takde kawan mmg susah la beb..mana korg nak lepas kn mslh korg..bkn sume benda kite bley cite dgn family atau suami ke boypren ke kan??mst ade ms kite akan cari kawan untuk menghuraikan keluh kesah kak esah korang2 sume..lg 1 kalo korg xde kawan mmg ssh la senang cite,nnt ko bley jadi PSYCO duduk sorang-sorang sambil makan pop corn  xtau nak watpe...ahaks!!!!

Dulu aku dapat merasakan yang aku tak punya ramai kawan..ye lahhhh time sekolah2 dlu(cute tau aku time sekolah..kakakakakaka) sume orang nak kawan dengan orang yg  famous amos aje,yg samseng,otai,super star(perghhhhhhhhh)...aku ni plak kat sekolah biasa-biasa jek tapi pemes jugak arrr(kakkakakakakakaka nak jugak pemes tuh)..sebenarnye aku ni simple aje orangnya xde la spesial sangat-sangat atau cun melecun macam LISA SURIHANI tuh(kalo tak mesti ramai lagi kawan-kawan aku..hehehehehe)..ok-ok jangan merepek wahai aku...kembali kepada topik asal...huh..1 2 3,

Ok lah jujurnya aku sangat berbangga dapat kawan-kawan seperti yang ada sekarang tak kira la kawan time sekolah ke time IPT ke atau kawan maya ke semuanye menyenangkan hati, terima kasih la kerana sudi menerima aku menjadi kawan-kawan korang sume ek..sepanjang 25 tahun kehidupan aku macam-macam benda aku lalui untuk mencari kawan sejati. Betumbuk, bgaduh, merajuk,makan telur ayam aku,pasal assigment,pasal umah bselerak(kakakakakaka lawak) dan bla bla bla sumenye aku da lalui. Tp Alhamdullillah sekurang-kurangnye aku dikelilingi kawan-kawan yang best tak kira jantina n bangsa mahu pun suku kaum(ayat mcm esei kenegaraan..ahahahahaha). Semuanya ok dan tak merosakkan aku..buat jahat sendiri-sendiri buat baik beramai-ramai...kikikikikikikikiki. Walaupun penah tergigit lidah bertikam gusi ke tapi last nya tetap baik jugak,susah senang sama-sama 'WERE LIKE FAMILY',bad n gud thing happen!!ohhhhh aku sangat sayang korang semua(tetiba prasan rindu kat korang meluap-luap) 

Tapi masih ade jugak kawan-kawan yang tak reti nak menjaga hati aku(segelintir je la tak lebih 5 org yang macam tu). hati die nak dijaga rapi,  kalo bley amik tudung saji kasi tutup hati dia rapat-rapat(perghhhh panas aku dengor)..Bagi aku simple jek,orang kalau jaga hati aku dan boleh respek aku,aku akan jaga hati org tu balik. Orang baik dengan aku,takkan aku nak buat taik pulak kan??tapi sori lah kalau orang da start tak reti nak jaga hati aku, aku pun akan balas benda yang sama jugak..hidup kne ade keadilan!!betul tak?Aku ni bukannya sempurna mana, jadi bagi aku hati aku pun kena la jaga jugak.Kalau aku sendiri tak jaga hati aku..korang nak tolong jaga kan ke??hahahhahahahahahahahaha..susahkan???sila buka minda sikit boley(kepada yg bkenaan je laaaaa kan...)sekali beliau meng'ignore' aku, 10kali aku boley buat jugak(lalalalalalala). Seperti aku dan orang lain pun tau, aku memang hepi dan semakin hepi, semoga akan dtg pun masih ade kebahagian utk aku..insyaAllah hendaknya...kepada individu-individu (yang pura-pura jadi pelakon ekstra dgn memegang watak baik-baik),ingin aku titipkan pesanan ini buat kamu bahawasanya jangan bikir sangat la aku nak hegeh-hegeh..ahaks...sememangnye sudah timbul perasaan muak kepada anda dalam hati saya..tak heran kot kalau tak mau bertegur ke ape ke..cuma aku sedikit terkilan kerana pernah mempercayai dan menjadi kawan kau-kau dan kau dulu..ahaks...(perasaan ini juga menggambarkan perasaan kawan-kawan aku yang lain - kami mangsa penganiayaan)..huwarghhhhhhhhhhh...

Makanya, biarlah aku akhiri penulisan ku yg bcelaru ini dengan menyimpulkan KAWAN itu kepada 3 kelompok.

i) KAWAN NI MACAM MAKANAN - tiap masa aku perlukan dan mungkin untuk selama-lamanya kerana die memberi manfaat dan keuntungan kepada aku(bpikiran positif ok)
ii) KAWAN YANG MACAM UBAT - ada masa saje die perlukan kite( x guna punye orang!!)
iii) KAWAN YANG SAMA DENGAN PENYAKIT - ohoooooo hooooiiii semoga kita sume terhindar daripada spesis yg macam ni..lebih elok humban ke sungai golok....sbb die dtg mmg bwk penyakit x elok kat kite....yg merosakkan dan mjahanam kan....ooo sungguh bedebah spesis ini..hihihi...

p/s : saya sangat menyanyangi sume kawan-kawan saya...mmmmmmuuuuuahhhhhh!!!! 

~sekian~

07 December 2010


Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

hahahahahahaha...mampus aku guling2..patut aku try dr dulu lagi nih!!!!! -elynn-

05 December 2010

(nyanyi ikut lagu 'AWAS' dendangan KRU)

Tidak pernahkah kau rasa
Kesiotan bila
Dia selalu dikepalamu
Mencari cekenik dan kutu

Cintanya lapan
Dan kau bukanlah kelapan
Walau engkau yang paling lawa
Dia buat tak kisah saja

Pendapatmu dia segak dan berbulu
Besarpun dua kali gandamu
Benarkah, benarkah kau menyintainya
Ataupun kau berpura
Semata hanya kau kera

( korus )
huh...parampa
Mawas....parampa
Mawas....parampa
Mawas Celah Kangkangmu..ooo..

Sememangnya benar
Kau kera yang jelita
Zahirnya engkau tak sempurna
Jadi idaman mawas ungka

Dia berkeluarga
Bini ada lapan
Mestikah kau terus bersama
Mestikah kau terus menggoda

Pendapatmu bukan lagi cinta monyet
sedangkan memang engkau tu monyet
Benarkah mawas menjadi pilihanmu
walaupun kau tu kera
Bercintalah dengan kera, (ULANG KORUS)

(RAP) Ooo...Cuba ubahlah sikap, harap tidak tersilap, gerak langkahmu bagai kera yang sumbang, sejejak kau lutu semakin pedih kepalaku, cuba cari kutu dengan lembut dan bersantun.
Inilah cerita kera dengan cintanya, cara mencapai citanya mawas pun dia goda, katanya bukan salahnya, dia dilamun cinta, ohh...hentikan puramu kerna ku tahu kau tu kera.

28 November 2010

~mari belajar bahasa kuno~

Kali ini saya ingin membuka kelas bahasa melayu Kuno. Bahasa-bahasa ini sudah tidak digunakan lagi pada masa kini. Ia digunakan pada tahun sekitar 1511-1621. Kepada adik-adik, jangan gunakan dalam karangan di sekolah yerr!

1.KENYUMIK
Maksud: Senyum yang menampakkan sedikit lidah bersama dengan mimik muka ala-ala sejenis binatang yang tidak boleh disebut.
Contoh Ayat: Anuar Zink yang sedang menunggu bas telah berkenyumik kepada makcik Rosalinda yang sedang membawa anak kucingnya berjalan-jalan. Anak kucing makcik Rosalinda kemudian mati kerana kekenyumiktan si Anuar Zink berada pada tahap keburukan yang amat dasyat.

2.KUTILPUNYUT
Maksud: Perbuatan yang tidak disenangi oleh ketua kampung seperti menyiram kambing dengan air panas, membuat tatto pada badan lembu dan mengajak ayam pergi karaoke.
Contoh Ayat: Satu kampung tahu dengan perangai Roberto yang suka kutilpunyut binatang-binatang ternakan. Lalu satu jawatankuasa khas telah dirombak oleh orang kampung bagi membolehkan Roberto dikutilpunyut oleh ayam-ayam belaan makcik Rubella.

3.TELUMPAK
Maksud: Membaling telur labi-labi ke arah orang yang sedang mengadakan ceramah perdana.
Contoh Ayat: "Kurang asam punya Redondo, ditelumpaknya aku dengan tetamu-tetamu kehormat sekali kena. Kalau yer pun jangan la marah sangat pasal aku nikah dengan janda dia." Kata Datuk Dr. Alberto Einsteino kepada penjaga tandas Central Market sambil menelumpak ke muka penjaga tandas tersebut.

4.KOLKOTUM
Maksud: Sejenis minuman ringan didalam tin perasa daun ketum yang akan membuatkan peminumnya buta huruf.
Contoh Ayat: Kerana terlalu banyak mengambil kolkotum yang berlebihan, seluruh penduduk Kg. Tempoyang terpaksa masuk tadika semula akibat sudah tidak tahu lagi membaca buku. Perbuatan seperti ini bolehlah diumpamakan seperti Karam dilaut boleh kurenang, Karam di hati nak bayar hutang. Karam Sinkh Walia untuk TV3.

5.SYIRUM
Maksud: Menyorok dari perbuatan yang menakutkan.
Contoh Ayat: Luziano yang sedang melarikan diri dari ceti telah mensyirum ke dalam kain pelikat ketua kampung yang sedang mengadakan kuliah subuh. Akibat dari perbuatan itu Luziano telah ditempeleng 8 kali kerana telah menjatuhkan martabat ketua kampung iaitu pakcik Leornardo.

6.SPENTOT
Maksud: Spender yang menampakkan sedikit bontot.
Contoh Ayat: Semasa pakcik Leornardo menyertai pertandingan lari dalam guni peringkat kg. Tempoyang, dia terjatuh semasa mengambil korner tajam kemudian terguling-guling ke arah himpunan pelajar Pandu Puteri dan terpelanting keluar dari guninya. Lalu ternampaklah spentot lubang-lubangnya yang berjenama remona. Akibat dari kejadian itu, pakcik Leornardo sangat malu sehingga menarik diri dari melakonkan watak utama dalam drama makcik Rosalinda.

Sekian dahulu kelas saya pada hari ini. Kepada komentar, sila komen apa benda yang korang nak belajar. Saya boleh ajarkan. Selamat minum sirap!!!!

21 November 2010

~my sweet sour love life~

I love you so much my darling, more then words can tell,I know sometimes you feel lonely,sometimes I feel lonely too,but as long as we have each other,we will always see things through.no one could ever take your place becoz you are a special person to me.................I wonder if you know,how lucky i am to have you in my life!i want to say so much from within but i'm lost for words...i just too shy...hehehehehehehe~

I love you so much w-- ----- -----i!

18 November 2010

~MANGSA KEADAAN~

"don't judge book by it's cover"....ok anda paham maksud ini...???tu ayat omputih kalo ayat melayu nye plak 'jangan menilai org dengan hanya melihat luaran nye sahaja"....ok saya mahu mengupas istilah ini kerana ianya begitu dekat dengan saya...saya dinilai dihukum dan dihakimi tanpa usul periksa...!!aishhhhh mcm bagus je kan individu terbabit....

orang cepat sangat menilai orang lain melalui first impression dorg. Kadang-kadang ape yang die pikir pasal diri kita langsung menyimpang jauh walhal kita bukan lah orang yang macam die pikirkan tu..kat situ kan nampak ketidakadilan pada orang lain. Memang adat manusia kan suka tengok seseorang berdasarkan appearance luaran saja. Sape kite untuk menilai orang lain??layak ke kita?sempurna ke kita?kite tidak layak untuk menghukum orang kerana kita juga punye banyak kelemahan dalam diri. Jangan la korang bangga kalo korang dapat jatuhkan maruah seseorang. Bangga dengan sifat dan pemikiran yang mengatakan KAMU ITU ADALAH MANUSIA SEMPURNA. CIPODAHHHH!!buat pengetahuan anda, anda dan juga anda tidak ade  manusia pun sempurna..TIDAK SAMA SEKALI!!!!... ape tinggi ke darjat anda untuk menilai orang lain...anda buang hadas besor kuar emas ke?????tahi juga kan????jgn tipu ya dehhhh~

Banyak kan muhasabah diri sebelum kite ni sibuk nak mengata orang lain.Dalam dunia ni bukan anda sorang jek yang bagus dikkkk oiiii...Kalau tengok orang serba tak kena sikit kat mata anda terus nak cakap 'ishhh ni spesis pompuan jahat ni bla bla bla.... apekah sempit pemikiran org sebegini???cepat melatah betol..aishhhh...ntah ntah luaran jek kot nampak x semenggah,tapi hatinya ikhlas kita x tau kan???mungkin tindak tanduk die kot agak x kena dimata anda , tapi jangan la cepat kita nak jatuh hukum pada dia tanpa kita tahu sesuatu perkara itu dengan terperinci. Kalau pun buruk rupanya tak dipandang seisi dunia,kita tak tahu kan entah2 hati die baik seisi langit memujinya...HATI TU DIK NONNNNN YANG PENTING!!!...

anda pernah ke ngeteh dengan saya???anda penah tanya kawan-kawan saya,keluarga saya tentang diri saya...??ohhhh saya pasti anda tidak pernah selidik bukan..yes!!!tp kenapa begitu cepat anda menghukum saya??jaga dlu kain anda..saya risau kain anda yang dijaga rapi (konon-kononnya) tapi padahal rabak!!!haa kan da malu....saya tidak mahu membenci anda..kerana saya juga tidak mengenali anda..saya mahu terus-terusan bersangka baik pada anda, tapi payah sangat ke anda nak menyelami isi hati saya...emmmmm...berat sebelah x baik tau!!kuikuikui~  saya masih berpegang kepada prinsip saya, jika saya merasa BENCI kepada seseorang yang saya tidak kenali..saya cuba untuk mendekatinya. berkawan dengannya dan bersangka baik pada dirinya..kerana saya tidak mahu terus membenci  beliau..Mungkin ada sisi-sisi baik dalam dirinya yang saya patut kagumi..prinsip saya mudah kan????tak kenal maka x cinta...ehemmmmm~

ok penyelesaiannya, how can you judge a book by just looking at its cover?..Simply impossible. Sedangkan dalam menilai buku pun kita tidak boleh meletakkan label tertentu hanya dengan melihat luaran, apatah lagi bila melihat manusia. Kuasa bersangka baik.Kalau perkara belakang mata lagilah tak boleh nak bersangka buruk kan?. Macam mana kalau kita terpengaruh dengan fitnah orang lain kepada orang lain?. Bukankah dosa fitnah tu lebih besar dari membunuh? Tak ke nanti kita akan tergolong dalam golongan orang-orang yang bersubahat dengan fitnah kalau kita turut percaya dengan apa yang di’fitnah’ kan orang lain?.saya malas nak berkhutbah..nanti orang cakap saya perasan bagus..tapi itu kan kenyataan...kenapa tak sanggup nak berepan dengan realiti..pahit ke???ohooooo~

maafkan la saya wahai anda..saya juga manusia biasa..saya masih lagi menjaga dan berpegang teguh pada adat. Apa saja tohmahan dan lemparan kata-kata yang tidak baik anda tujukan pada saya,saya terima seadanya. Tapi sila la bersangka baik pada saya.Saya tidak la sejahat yang anda bayangkan.Saya adalah manusia biasa yang kerdil, yang punye banyakkkkkk kekurangan diri.Sekurang-kurangnya saya mengaku dan cuba muhasabah diri.Tapi anda bagaimana?????

17 November 2010

~wahai hati tenang la dikau~

I want to write about something that’s been bugging me for quite a while now tapi  ntah la ek....nak mula dari mana ni..huh....!!ok....macam ni...mood saya pada ketika ini berterbangan entah kemana..x de hala tuju....barangkali mungkin pada ketika ni da hilang ditelan pekat malam kot..(cewahhhhh jiwang disitu)..saya akui saya adalah seorg manusia yg suka memberi alasan..tapi tak suka mendengar alasan dari orang lain...saya berharap dengan memberi pelbagai alasan akan mampu menutup setiap kesalahan mahupun kelemahan saya..tapi kenapa??kenapa??dan kenapa saya bertindak sedemikian rupa???adakah saya seorg individu yang mementingkan diri sendiri atau cuba melepaskan diri sendiri dalam keadaan terpaksa bukan memaksa...emmmmm..ntah la kan....saya tidak punya jawapan disitu...yang saya akui saya sedang memikirkan sesuatu yang ntah kan berlaku ntah kan tidak.konpius!!!!saya tak pasti sama ada perkara yang saya fikirkan ini adalah permainana hati semata-mata tapi dalam pada masa yang sama saya perlu berhati-hati supaya mainan hati ini tidak akan pernah berlaku kerana saya tidak mampu utk melawan perasaan saya sendiri...huhuhuhuhuhu....

cuma saya ghisauuuuuuuuuu ajeeeeee...saya tak nak ape yg saya pikir kan ni suatu hari nanti menjadi kenyataan..kenyataan yang bukan indah untuk saya bangga-bangga kan..!!eee takut....lagi pula,saya hanya manusia biasa yang punye banyak kekurangan diri..saya tak mahu berbangga dangan ape yang saya ade,sebab saya tau realitinya ade orang memiliki lebih baik dari apa yang saya ada...faham kan??kerana saya manusia biasa la ada kalanya saya juga akan tewas dengan diri saya sendiri...mungkin tewas dengan diri anda juga barangkali..siapa tahu kan????


Wahai hati
Janganlah bersedih
Itu lumrah dunia
Kau dilihat bila mereka kesempitan
Kau dilupakan kerna kau bukan setandingan

Wahai hati
Janganlah bersedih
Kau tidak cantik seperti mereka
Tapi kau perlu cantikkan akhlak lebih dari mereka
Kau tidak bergaya dan berwang banyak
Tapi kau perlu banyakkan kekayaan saham untuk ke akhirat sana

Wahai hati
Biarlah kau kalah di dunia ini
Kerana esok lusa mungkin kau akan pergi
Tapi hati
Jangan persia peluang yang ada
Supaya tenang dan senang kau di dunia abadi nanti

Tabahlah hati..
Allah itu sentiasa di sisi..


(maaf entri saya agak sendu sedikit tidak seperti karakter sebenar saya bukan??)....hahahahhahaha

21 October 2010

~merepek+meraban~

My top 10 favourite food.
:: ayam masak lemak cili padi letak daum kesum
:: daging goreng kunyit perap2 sikit dgn rempah2
:: mee bandung cik ani..nyum2
:: big mac McD
:: nasi goreng ayam makcik depan Manipal College
:: Laksa Johor yg my mum bikin punye...uihhhuihhh
:: spaghetti meatball yg aku wat sndr..wakakaka(agak belagak gitu)
:: Asam Pedas makcik kantin kat JPNJ....ssgguh power itu asam pedas...
::  yong taufu area majidee..
:: soto makcik kantin time sekolah dlu (dh arwah org tua 2..) =(

5 Things I love doing when I'm feeling down
:: nangis
:: dengar lagu sedeyh pastu nanges lagik
:: kol abut..hukhukhuk die ni jenis org yg boley share your pain n cheer up at the same time...
:: tido
:: masuk bilik air...sambung nangis...wakakakaka~

10 Ways to win my heart
:: pandai menjaga hati aku
:: sensitif dengan keperluan aku, either it's time-out, space, or when I'm in need
:: respect
:: able to accept me for who I am
:: dapat meng'control' dirinye sendiri...
:: ROMANTIK..jgn slh phm lak ni bkn yg spesis  gatal atau miang...romantik yg aku mksudkan dr segi cara dia tunjuk kasih sayang..bukan time mggatal jek nk romantik2...podahhhh~
:: be well educated both academically and religiously..(tgk CNN evryday tak pun men teka silang kata depan aku..)..wakakkaa~
:: always know what to say and when to say it
:: sempoi+kelakar!
:: mampu membuatkan aku rasa selamat dan juga istimewa.. maka dia la lelaki yg telah memenangi hati ku ini..cewahhhhhhhhh gatai naaaaaaa..ahaks!

10 Things I love doing
:: gelak2 puntianak
:: eating
:: hanging out with my frenzz
:: watching movie....wink!
::shopping dgn kengkawan...dgn bf x best..boring!!
:: traveling
:: tidoooooooooo
:: sakat orang lain...kalo baby lg aku ske sakat...ahaks!
:: nangis...
:: facebook sbb nak men farmville n baking life..weeeee~


8 things I miss going to do
:: Jalan dengan yakin sambil tegur anjing hitam waktu balik dari sekolah. Sekarang si hitam dah mendiang.
:: makan dgn byknye mi soto makcik kantin masa kat sekolah pastu kne marah sbb hbis kan kuah kicap die...wakakakakkaka..sgguh keji perbuatan pada ketika itu...miahahhahahahaha~
:: tutup sarang semut dgn gam uhu....kakakakakaka....
:: makan nasi lemak tepi longkang dengan geng2 jahanam masa habis sukantara kat sekolah..pastu kene perli dgn cikgu ramlee yg bawak 4 org anak naik moto..huahahahaha..mcm anak terbior masa tu kitorg okies...!!
:: naik motor ex5 dgn my cayang sambil pusing2 tak tentu tujuan (ni boley aku cite kat anak cucu akan keromantikan atok nenek beliau..wakakakakaka!!)
:: rindu nak main baling selipor depan rumah lily.....masa tu umo 16thn...sgguh sweet aku pada waktu itu...main sambil cover muka yg x berapa nak cun...do i care???ahahahahaa~
::  naik basikal laju-laju sambil minum air coke setiap hari sabtu...kuar rumah pakai selipor mak2 nak g pasar takpun selipor trail corak askar..jambul mesti nak kne bentuk 'M'..xde jambul xnak kuar rumah...ape ke bodoh trend waktu tu...huahahahhahaha~
::  luruskan rambut guna iron kat rumah hawa time study group....hasilnye rambut kawan aku syirin btukor jadi macam bentuk kipas(kicap cap kipas udang)..seyes..ini kisah benar...wakakakakakakakakaka!!


My top 5 most favourite junk food
:: roller coaster kaler biru...
:: choki-choki
:: mamee monster BBQ flavour
:: paddle pop rainbow
:: eclairs


5 Things I wish it could happen soon
:: Pakai Lamborghini(ahahahhahahaha...beso cita2...)
:: mudah2-an dapat la aku pergi haji...=(
:: I wanna be a billionaire
:: honeymoon kat paris xpun venice italy..g disneyland pun da memadai...ahahahaha~
:: duduk serumah dgn my loved one..wink!!!!

Surat daripada seorang lelaki kepada 'FUTURE WIFE'

Kehadapan my future wife(s)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.

18 October 2010

hye welkem kpd diri sndiri....

thanks 2 cik fifa coz anda berbudi kpd sy...huahahahahahaha(sila gelak dgn mhentak kaki ke dinding spt yg sy biasa lakukan)..ohooooo~..mcm mn cun melecun x wall blog aku nih??..xpe..walauuuuuuu agk mcm C.A.C.A.T sket pd awalnye..tp xpe akn ku indahkan nye spt wajah kite bdua..wakakakaka...mmuuuahhhhh!!...

p/s:syg ko lebey wahai cik fifa...ahaks!!